Tuesday, August 26, 2014
Thursday, July 17, 2014
Tuesday, July 15, 2014
Fatwa Pengharaman Daun Ketum - Negeri Perlis (30.10.2013)
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-12/2013
TARIKH: 30 Oktober 2013 / 25 Zulhijjah 1434h
Penyalahgunaan Daun Ketum dan produk-produknya adalah haram, kerana ia membawa kerosakan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Jangan kamu semua mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Dan berbuatbaiklah, kerana sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berbuat baik.” (al-Baqarah: 195)
Demikian juga hadis Nabi SAW:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Jangan mengambil mudharat dan jangan kenakan mudharat kepada orang lain.” (HR Ibn Majah, al-Daraqutniy dan lainnya: Hasan)
Ketagihan ketum boleh mengancam masa depan ummah dimana didapati akhir-akhir ini ketagihannya telah menular di kalangan generasi muda bermula seawal usia murid-murid sekolah rendah, remaja dan dewasa.
Oleh itu, pihak Jawatankuasa mengusulkan kepada kerajaan agar mengambil langkah pencegahan dengan mewujudkan undang-undang dan tindakan yang lebih berat sepertimana tindakan terhadap penyalahgunaan dadah kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:
1: Sadd al-Zara’ie’ (سد الذرائع) Bermaksud : “Menutup kemas pintu-pintu keburukan”
dan
2: Dar’u al-Mafasid Muqaddam ‘Ala Jalb al-Masalih (درء المفاسد مقدم على جلب المصالح)
Bermaksud : “Menghalang segala keburukan lebih diutamakan daripada mengambilkira kemaslahatan”
http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=398:fatwa-daun-ketum&catid=34:fatwa-muamalat&Itemid=92
Monday, July 14, 2014
Fatwa Pengharaman Air Daun Ketum - Negeri Kedah
Tarikh Keputusan:
3 Oct, 2005
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 03 Oktober 2005 bersamaan 09 Syaaban 1426 telah membincangkan mengenai Air Daun Ketum. Mesyuarat memutuskan bahawa meminumnya sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain maka hukumnya adalah haram.
Keterangan/Hujah:
Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-pengharaman-air-daun-ketum
Fatwa Pengharaman Menghisap Sisha
Tarikh Keputusan:
24 Jan, 2011
Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa ini dikeluarkan ekoran ramai dari kalangan remaja lelaki dan perempuan yang suka menghisap syisha. Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar.
Keputusan:
Sohibus Samahah Dato' Mufti Negeri Kedah Darul Aman pada 24 Januari 2011 bersamaan 19 Safar 1432 telah memutuskan bahawa menghisap sisha boleh membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram.
Keterangan/Hujah:
Umum mengetahui bahawa hukum merokok adalah haram, fatwa pengharamannya berdasarkan kepada unsur-unsur yang jelas bercanggah dengan tuntutan syarak, selain pembaziran ia juga telah terbukti secara saintifik boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik serta mengundang kesan-kesan negatif yang lain. Jika dilihat kepada menghisap sisha, ia adalah sama seperti merokok yang boleh membawa risiko dan bahaya dan ia bukanlah alternatif yang selamat bagi merokok.
Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza, menghisap sisha adalah menghisap tembakau yang dicampur pelbagai bahan kimia atau bahan-bahan terlarang. Kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau yang dicampur dengan bahan terlarang tersebut serta pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahkan boleh membawa maut. Oleh itu, Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri apatah lagi membunuh diri sendiri.
Ini berdasarkan Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
(النساء: 29)
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
( Al- Baqarah : 195)
Maksudnya:, Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …
Juga terdapat dalam hadith Rasulullah SAW yang jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan orang lain. Sabda Baginda :
لاَضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ (رواه ابن ماجه)
Maksudnya : Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh membuat kemudharatan.
Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas maka hukum menghisap tembakau atau seumpamanya dengan menggunakan sisha boleh membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram.
والله أعلم.
Sunday, June 15, 2014
Monday, June 9, 2014
Hukum Orang Gila Dalam Islam
Orang gila adalah orang yang hilang
akalnya. Orang seperti ini dalam Islam tidak dipertanggungjawab akan amalnya di dunia,
Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW :
“Diangkat pena dari tiga golongan:. Orang
tidur hingga dia bangun, Orang gila hingga dia sedar, Anak-anak sampai ia
baligh.”
(HR. Ahmad, Abu Dawud,
An-Nasa-i, dan Ibnu Majah).
Sumber :
Friday, June 6, 2014
Thursday, June 5, 2014
Gila ...Menurut Pandangan Rasullullah SAW.
Baru-baru ini ketika sibuk mencari pesan2 Rasul SAW mengenai penyakit jiwa - terjumpa pula hadith ini dalam internet...
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith bahawa : “Pada suatu hari Rasulullah SAW melewati sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Rasul SAW bertanya : ‘Ya Rasul, ini ada orang gila yang sedang mengamuk. Karena itu kami kumpul di sini.
Rasul SAW bersabda : ‘Orang ini tidak gila. Ia sedang mendapat musibah’. Rasul SAW malah bertanya lagi, ‘Tahukah kalian siapakah orang gila yang benar-benar gila?’.
Lalu Rasul SAW menjelaskan : ‘kami tidak tahu’. Lalu Rasul menjelaskan : ‘Orang gila adalah orang yang berjalan dengan sombong, yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga sambil berbuat maksiat kepada-Nya, yang kejelekannya membuat orang lain tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan.”
Renung2kan...
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith bahawa : “Pada suatu hari Rasulullah SAW melewati sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Rasul SAW bertanya : ‘Ya Rasul, ini ada orang gila yang sedang mengamuk. Karena itu kami kumpul di sini.
Rasul SAW bersabda : ‘Orang ini tidak gila. Ia sedang mendapat musibah’. Rasul SAW malah bertanya lagi, ‘Tahukah kalian siapakah orang gila yang benar-benar gila?’.
Lalu Rasul SAW menjelaskan : ‘kami tidak tahu’. Lalu Rasul menjelaskan : ‘Orang gila adalah orang yang berjalan dengan sombong, yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga sambil berbuat maksiat kepada-Nya, yang kejelekannya membuat orang lain tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan.”
Renung2kan...
Thursday, May 29, 2014
Adakah Pemikiran atau Tingkah Laku Kita Normal?
Persoalannya yang sering diutarakan ialah – adakah pemikiran atau kelakuan kita sendiri itu normal dan bilakah ia dianggap tidak normal?
Dari segi teori psikiatri - antara kriteria utama ialah :
- Deviation from the statistical norms - the normal statistical deviation
§ Menyimpang daripada statistik yang normal
§ Contoh : diluar +/- 2 deviasi piawai (standard)
§ Terlebih pandai atau terlebih bodoh - Deviation from social norms
§ Menyimpang daripada norma-norma sosial
§ Apa yang diaggap normal dalam masyarakat setempat
§ Homoseksual – masyarakat barat = normal / biasa – tidak dikira sebagai penyakit jiwa ; dalam masyarakat kita = dikira tidak normal
§ Boleh berubah mengikut masa dan keadaan - Maladaptiveness of behavior
§ Tingkah laku maladaptif
§ Individu cuba membunuh diri – Individu minum alkohol terlalu banyak hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja atau menjaga anaknya dengan baik. - Personal distress
§ Ia dikira tidak normal sekiranya boleh menyebabkan penderitaan kepada individu – dari segi perasaan
§ Contoh – murung – resah – gelisah – tension
Cara lain (4 D) : apabila pesakit menunjukkan gejala / perangai/ tingkah laku yang memenuhi kriteria berikut
o Dysfunction – disfungsi ; gagal berfungsi dengan baik
o Deviation – deviasi – menyimpang
o Dangerous – membahayakan
o Distress – menyebabkan penderitaan
o Dysfunction – disfungsi ; gagal berfungsi dengan baik
o Deviation – deviasi – menyimpang
o Dangerous – membahayakan
o Distress – menyebabkan penderitaan
Kenapa Kita Lebih Percaya Pada Bomoh?
Percaya pada bomoh merupakan satu
fenomena yang unik di negara ini. Ia telah wujud sejak turun temurun. Satu
ketika dahulu, bomoh adalah sumber rujukan utama untuk sebarang masalah
kesihatan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.
Walaupun kini terdapat perubatan
moden yang boleh mengubat pelbagai jenis penyakit, masih ramai dalam kalangan
individu yang lebih percayakan bomoh berbanding ahli perubatan profesional di
klinik mahupun hospital.
Bomoh juga menghadapi saingan
daripada kumpulan perubatan alternatif. Ini termasuk Perubatan Islam, Perubatan
Homeopati, Terapi Vibrasi Warna, Refleksologi, Perubatan Tradisional China dan
sebagainya yang kini tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Namun begitu institusi
‘bomoh’ masih kekal bertapak di bumi Malaysia ini.
Peliknya ia terus popular
walaupun banyak kes penipuan dilaporkan oleh pihak media. Penyelewengan yang
melibatkan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai bomoh memang kerap
berlaku, apatah lagi dengan tiada kawalan dan pemantauan daripada pihak yang
berkuasa. Sesungguhnya itu semua belum cukup untuk menghalang masyarakat
daripada terus mempercayai kebolehan mereka.
Ada yang berpendapat, kepercayaan
kepada bomoh hanya prevalen dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Ini adalah kerana kos rawatan yang dikenakan cukup minima berbanding kos
perubatan moden yang begitu tinggi masa kini. Bomoh juga kebanyakkannya berada
di kawasan kampung yang dekat dengan kediaman mereka berbanding hospital yang
terletak jauh di bandar besar. Ada pula pendapat mengatakan mereka yang
percayakan bomoh terdiri daripada golongan yang tidak berpendidikan. Oleh yang
demikian, golongan ini lebih mudah terpengaruh dan diperkotak-katikkan.
Namun hakikatnya tidak begitu.
Kos rawatan bomoh sekarang bukan murah… Tiada lagi bayaran pengeras sebanyak RM
2.15 atau sedekah sekadar yang ikhlas. Sebaliknya bayaran konsultasi yang
dikenakan kini ditetapkan terlebih dahulu. Malah ada dalam kalangan bomoh yang
mengenakan bayaran bernilai ribuan ringgit untuk khidmat yang disediakan.
Pernah ada pesakit yang merungut, kos membuang jin, saka dan sebagainya
mencecah hampir RM 2000 setiap sesi. Bayaran pula perlu dibuat secara tunai
sebelum upacara dilangsungkan.
Menariknya juga golongan yang
terbabit bukan lagi orang miskin atau tidak berpendidikan. Sebaliknya fenomena
ini kini melibatkan mereka yang kaya raya, berpendidikan tinggi, dan berpangkat
besar turut terpengaruh. Golongan ini sanggup menghabiskan wang yang banyak,
menjejaki serata pelusuk negara hanya untuk mencari bomoh yang kononnya handal
dalam merawat pelbagai jenis penyakit…
Jadi jelas bahawa kos dan jarak
tempat rawatan, tahap pendidikan atau tahap sosio-ekonomi individu bukanlah
faktor penentu utama yang menyebabkan masyarakat kita lebih percayakan bomoh
berbanding golongan profesional itu sendiri.
Taksub atau kepercayaan yang
keterlaluan juga boleh mengundang padah. Sesetengah individu terkhilaf dalam
mempercayai bomoh boleh merawat segalanya. Ada yang berpendirian bahawa
penyakit diberi oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, hanya Allah sahaja yang
boleh menyembuhkannya. Tidak perlu berjumpa doktor kerana ia tidak akan membawa
sebarang faedah. Sebaliknya hanya perlu berjumpa bomoh yang boleh mendoakan
terus kepada Yang Maha Esa untuk memulihkan sesuatu penyakit.
Islam sebenarnya mahu kita
berusaha. Perubatan moden adalah ciptaan Allah SWT sebagai metod untuk merawat
penyakit. Ia adalah sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Doktor hanya
sebagai perantara dan ubat adalah bahan yang diciptakan oleh Allah SWT untuk
membantu kita dalam usaha tersebut. Benar, kuasa menyembuh tetap hanya ada pada
Allah Yang Maha Esa. Tetapi bertawakkal dan berdoa sahaja tanpa berusaha
bukanlah cara yang dianjurkan oleh Islam.
Anologi paling mudah ialah ketika
menghadapi peperiksaan. Apakah kita boleh lulus hanya dengan berdoa tanpa
berusaha sedikit pun? Adakah tanpa membuat ulangkaji atau membuat rujukan, kita
boleh berkata kita telah mencuba segalanya? Adakah dengan bertawakkal dan
berdoa sahaja, kita akan lulus dengan cemerlang?
Allah SWT tidak mahu hambaNya
berbuat demikian. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa setiap penyakit
ada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati...Ilmu yang diturunkan melalui
perubatan moden kini boleh mengubat pelbagai jenis penyakit yang dialami. Namun
perubatan moden juga ada limitasinya. Tapi ia jauh lebih baik daripada hanya
menggunakan jampi serapah atau ritual yang kadangkala boleh merosakkan akidah.
Dari segi psikologi pula, terdapat
beberapa teori yang telah diketengahkan bagi menjelaskan isu ini. Intimidasi atau takut dengan suasana yang
dikaitkan dengan perubatan moden adalah salah satu daripadanya.
Ujian darah, pengimejan, imbasan,
ujian ultra bunyi, pembedahan, suntikan, doktor, jururawat dan sebagainya
mungkin dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan biasa kepada individu yang
terlibat dalam profesion ini. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang di luar
sana, itu semua adalah sesuatu yang asing, sesuatu yang menakutkan dan jika
boleh, dijauhi sama sekali.
Itu belum diambilkira rawatan
atau ujian invasif seperti mengambil air
tulang belakang atau sum-sum tulang, terapi eletrokonvulsif (‘karan otak’) dan
sebagainya yang dianggap boleh memberi pelbagai kesan sampingan yang menyakitkan
atau menyebabkan kematian. Keadaan ini diburukkan lagi dengan gambaran layanan
buruk yang disiarkan melalui laman sosial, media konvensional mahupun
alternatif, dan cerita yang diperoleh melalui rakan dan sahabat handai mengenai
perubatan moden di negara ini.
Oleh yang demikian, tidak
hairanlah kenapa para bomoh menjadi pilihan. Mereka hanya menggunakan air jampi
dan ritual mudah untuk merawat apa sahaja penyakit. Ini tentunya satu
alternatif yang jauh lebih menarik dan tidak menakutkan….
Denial atau keengganan untuk
menerima hakikat sebenar mungkin antara faktor pendorong lain mengapa bomoh
lebih dipercayai. Kerapkali pesakit tidak mahu mengakui mereka mengalami
sesuatu penyakit atau menjadi penyebab kepada penyakit tersebut.
Individu yang mengalami
kemurungan akibat masalah rumah tangga contohnya mungkin akan kurang selesa
jika diberitahu bahawa penyakit yang dialami adalah hasil kelemahan atau
kesalahan diri sendiri dalam mengurus rumah tangga, tidak tahu bertolak ansur
atau tidak pandai menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing.
Sebaliknya jika dikatakan
kemurungan itu berpunca daripada buatan orang yang dengki kepada rumah tangga
mereka, atau ingin membalas dendam, alasan sedemikian jauh lebih menarik untuk diterima oleh individu terbabit atau
ahli keluarga yang terlibat. Isu utama adalah enggan memikul tanggungjawab atau
mengakui kelemahan diri. Kesalahan atau beban tidak mahu dipikul di atas bahu
sendiri, sebaliknya lebih selesa jika orang lain yang boleh dipersalahkan.
Keadaan sedemikian mendorong
individu dan keluarga yang terbabit berikhtiar melawan penyakit ‘buatan orang’
dengan membuang saka atau jin yang kononnya berada dalam diri mereka (telah
diletakkan oleh individu tertentu) dengan bantuan bomoh tersebut. Kepuasan
kerana dapat ‘membalas semula’ atau menggagalkan cubaan jahat tersebut ; atau
perasaan takut kepada implikasi buruk yang mungkin terjadi jika tidak
membuangnya daripada badan mereka
menyebabkan ramai pesakit rela bergolok bergadai mencari wang untuk melunaskan
pengeras yang ditetapkan.
Stigma juga memainkan peranan
dalam memperjelaskan mengapa bomoh lebih menjadi tumpuan berbanding perubatan
moden (khususnya jika ia melibatkan gangguan jiwa). Sakit jiwa adalah sesuatu
yang sering dipandang hina oleh masyarakat kita. Individu yang disahkan
mengalaminya kerapkali dianggap lemah dan disisihkan. Keluarga mereka juga
turut menerima nasib yang sama.
Kebetulan, ramai dalam kalangan
pesakit jiwa mempunyai halusinasi (contohnya dapat mendengar suara-suara ghaib
atau dapat melihat sesuatu yang tidak jelas dipandangan orang lain). Mereka
juga mengalami simptom yang dipanggil delusi. Ia adalah kepercayaan yang salah
yang dialami oleh individu walau tidak ada bukti langsung untuk menyokong
kepercayaan mereka. Contoh yang paling mudah ialah percaya bahawa ada seseorang
yang cuba untuk menganiayai atau berbuat jahat kepada mereka.
Keadaan sedemikian sudah tentu
memudahkan para bomoh untuk meyakinkan pesakit tersebut bahawa suara yang
didengar itu adalah suara hantu atau jin ; dan delusi yang dialami pula adalah
hasil daripada buatan orang tertentu yang ingin membalas dendam terhadap
pesakit atau sesiapa sahaja ahli keluarga yang terbabit.
Mempercayai dan menganggap bahawa
semua itu terjadi berpunca daripada buatan orang, jin atau pun apa sahaja
makhluk ghaib sudah tentu dapat menghindarkan individu dan keluarga daripada
disisihkan dan dipandang serong oleh masyarakat setempat. Jadi ini sudah tentu
akan menguatkan lagi kepercayaan mereka kepada bomoh berbanding golongan
profesional perubatan di negara ini.
Secara kesimpulannya, kepercayaan
kepada bomoh masih kuat dalam kalangan masyarakat kita. Sukar rasanya untuk
mengikisnya kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan tua malah golongan muda
juga turut terpengaruh. Apa yang boleh ialah terus memberi kesedaran dan
informasi agar implikasi atau kesan buruk yang mungkin timbul dapat diminimakan
demi kebaikan bersama.
Wallahuaklam.
Selamat Datang ke Blog Pakar Jiwa Kedah Medical Centre.
Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi melawat blog ini.
Ia khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang ilmu jiwa atau kepada para pesakit yang ingin mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai penyakit yang mereka alami.
Pandangan dan maklum balas daripada anda demi untuk penambah baikan blog ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
Ia khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang ilmu jiwa atau kepada para pesakit yang ingin mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai penyakit yang mereka alami.
Pandangan dan maklum balas daripada anda demi untuk penambah baikan blog ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)