Tuesday, July 15, 2014

Fatwa Pengharaman Daun Ketum - Negeri Perlis (30.10.2013)

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-12/2013
TARIKH: 30 Oktober 2013 / 25 Zulhijjah 1434h
Penyalahgunaan Daun Ketum dan produk-produknya adalah haram, kerana ia membawa kerosakan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Jangan kamu semua mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Dan berbuatbaiklah, kerana sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berbuat baik.” (al-Baqarah: 195)
Demikian juga hadis Nabi SAW:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Jangan mengambil mudharat dan  jangan kenakan mudharat kepada orang lain.” (HR Ibn Majah, al-Daraqutniy dan lainnya: Hasan)
Ketagihan ketum boleh mengancam masa depan ummah dimana didapati akhir-akhir ini ketagihannya telah menular di kalangan generasi muda bermula seawal usia murid-murid sekolah rendah, remaja dan dewasa.
Oleh itu, pihak Jawatankuasa mengusulkan kepada kerajaan agar mengambil langkah pencegahan dengan mewujudkan undang-undang dan tindakan yang lebih berat sepertimana tindakan terhadap penyalahgunaan dadah kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Ini  berdasarkan kaedah fiqhiyyah:
1: Sadd al-Zara’ie’ (سد الذرائع) Bermaksud : “Menutup kemas pintu-pintu keburukan”
dan
2: Dar’u al-Mafasid Muqaddam ‘Ala Jalb al-Masalih (درء المفاسد مقدم على جلب المصالح)
Bermaksud : “Menghalang segala keburukan lebih diutamakan daripada mengambilkira kemaslahatan”
http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=398:fatwa-daun-ketum&catid=34:fatwa-muamalat&Itemid=92

No comments:

Post a Comment